…sekadar untuk berkongsi tentang apa yang aku rasa, tatkala bait-bait ayat tercerna di minda…



..:: dIrIkU ::..

Wan Amalyn
June 20
Gemini
USJ Subang Jaya

][amalynputri@gmail.com][



..:: notice board ::..


Terbaru daripada
Jemari Seni




Judul: Bintang Ke Syurga
Penulis: Xarine
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM19.00
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [


Light Pink Flower Strand Images




Judul: Dame Zoete Sarah
Penulis: Khairyn Othman
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM18.00
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [


Light Pink Flower Strand Images




Judul: Sigaraning
Penulis: Imaen
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM
untuk tempahan, sila hubungi:
] Jemari Seni [

Light Pink Flower Strand Images





Happy Birthday June


myspace layouts


20 Jun ~ =)
27 Jun ~ JiD



Light Pink Flower Strand Images







..:: uB CluB ::..




..:: jom sembang2 ::..






..:: cHiT-cHaT kat sInI ::..







*HUGS* TOTAL!
give wanAmalyn more *HUGS*
Get hugs of your own



..:: bObaE kat sInI ::..


   

calendar

<< September 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

categories




..:: koleksi buku dirak ::..

~ Malaysia ~
][Noor Suraya][
*Keranamu Ain*
*Biru Ungu Cinta*
*Tanah Andriana*
*Rindunya Kian Membara*
*Nyanyian Tanjung Sepi*
*Surat Ungu Untuk Nuha*
*Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)*
*Panggil Aku Dahlia*
*Kebun Mimpi*
*Rumah Di Ujung Padang (Pelangi)*
*Jaja & Din*
*Yang Jauh Di Pulau (Damai)*
*Langsir Biji Remia*
*Gadisku Wan Adnin*
*Cintaku Luruh di Oxford*

][John Norafizan][
*Tunjukkan Aku Satu Bintang*
*Sempadan Tanpa Seri*
*Cinderella Cinta*
*Garis-Garis DejaVu*
*Odisi Bulan Biru*
*Coklat (Yang Manis)*

][Imaen][
*Vendeta (Gurindam Jiwa)*
*Labyrinth*
*Bohemian*
*Sigaraning*
*Seikat Kembang Merah*
*Blues Retro*
*Urusan Cinta Belum Selesai*

][Norhayati Berahim][
*Seindah Derita*
*Sentuhan Kasih*
*Pesanan Terakhir Seorang Lelaki*
*Teguh*
*...Lewat Musim Itu*
*Hanya Kerana Cinta*
*Air Mata Kasih*
*Cinta Pertama*
*Egois*
*Nota Cinta Buatmu*
*Sayang Tak Terucap*
*Terima Kasih Kekasih*
*Bunga Kasih*
*Dia Lebih Mengerti*
*Cinta Jangan Kau Pergi*
*Setulus Cinta*
*Andai Semalamku Miliki*
*Tiada Batasan Sayang*
*Biarkan Aku Menangis*
*Kasih Yang Tercalar*
*Hati Seorang Wanita*
*Sakitnya Sayang*
*Harum Chempaka*
*Kembalikan Cintaku*
*Chinta*
*Setiap Jumaat*
*Aku Bukan Billy Milligan*
*Ranting Cinta Si Plato*
*Layang2 Bertali Kaca*
*...dan Hujanpun Menari*
*Dari Kerana Mata*

][Anis Ayuni][
*Suara Hati*
*Yang Terindah*
*Manisnya Cinta*
*Gemersik Kalbu*
*Kau Kekasihku*
*Bayangan Rindu*
*Seribu Kali Sayang*
*Sungguh Aku Cinta*
*Saat Kau Bilang Cinta*

][Aisya Sofea][
*Jauh*
*Jendela Hati*
*Kau Untukku*
*Sehangat Asmara*
*Gelora Jiwa*
*Adam & Hawa*
*Buatmu Kekasih*
*Selagi Ada Dia*
*Yang Sebenarnya*
*Masih Setia*

][Ramlee Awang Murshid][
*Adam*
*Tombiruo Terakhir*
*Rahsia Perindu*
*Bagaikan Puteri*
*Hatiku Di Harajuku*
*Anugerah Pertama*
*Cinta Sang Ratu*
*Ungu Karmila*
*Hijab Sang Pencinta*
*Mikail*
*9 Nyawa*
*Cinta Sufi*
*Rayyan Fantasi*
*Cinta Sufi*
*Sutera Bidadari*
*Sunan Musafir*
*Mandat[O]ri*
*Fiksyen 302*
*Magis*

][Sharifah Abu Salem][
*Tak Semanis Impian*
*Gerimis Dihati*
*Salam Taj Mahal*
*Pesona Rindu*
*Tiada Lagi Mimpi*

][Aina Emir][
*Sesuci Cinta*
*Seharum Kasih*
*Setulus Janji*
*Aura Kasih*
*Semalam Ku Bermimpi*
*Kau Laksana Bulan*

][Najwa Aiman][
*Danur Kasih*
*Untuk Kau Dan Aku*
*Antara Kau Dan Dia*
*Kasih Kita*
*Bahang Selatan*

][Damya Hanna][
*Bicara Hati*
*Sepi Tanpa Cinta*
*Saat Cinta Bersemi*
*Relaku Menanti*
*Ilham Hati*

][Norzailina Nordin][
*Arca Kasih*
*Arjuna Hati*
*Getaran Rindu*
*Impian Terindah*
*Menanti Kasih*
*Konflik Terakhir*
*Cuma Dia*
*Cintamu Nadiku*

][Ma Lee Chuswan][
*Lamaran Kedua*
*Permata Hati*
*Selamat Tinggal Sayang*

][Shamsiah Mohd Nor][
*Tangisan Bulan Madu*
*Tangisan Bulan Madu 2*
*Tangisan Bulan Madu 3*
*Tangisan Bulan Madu 4*
*Bulan Berbisik*

][Abdul Talib Hassan][
*Saga*
*Saga 2*
*Saga 3*
*Warisan*
*Pelarian*
*Jerebu*

][Siti Hasneza Abd Hamid][
*Mimpi Kita Serupa*
*Cemburu Seorang Perempuan*
*Angin Dingin Dari Utara*
*Setulus Setia Seindah Nama*
*Sonata Kasihku*

][Abdul Rahim Awang][
*Konspirasi*
*Orang Ketiga*
*Jaguh*
*Zamrud*
*Verdict*
*Generasi Yang Hilang*
*Jejak-Jejak Songsang*
*Ego*
*Bara*
*Pulang*

][Elias Hj Idris][
*Kehilangan*
*Pilihan Kedua*
*Anak Perempuan Kabaret*

][Nia Azalea][
*Seredup Kasihmu*
*Hati Yang Terusik*

][Fauziah Ashari][
*Ombak Rindu*
*Setia Menanti*
*Duri*

][Syamimi Aminolah][
*Dalam Dakapan Kasihmu*
*Air Mata Kasih*
*Andai Ku Miliki Semalam*
*Air Mata Kasih 2*

][Sabariah Aruar][
*Jalur-Jalur Jingga*
*Buat Yang Terakhir*

][Nass Alina Noah][
*Aku Menyayangimu*
*Asmara Yang Pertama*

][Siti Rozilah][
*Kuburkan Kasihmu*
*Putus Sudah Kasih Sayang*
*Intan Delaila*

][Rozita Abd Wahab][
*Permata Asmara*
*Kasih Bersemi*
*Setelah Kau Pergi*
*Setulus Hati*
*Ruang Rindu*
*Kasih Bersulam Cinta*
*Setelah Hati Dimiliki*
*Dia Hanya Untukku*

][Amaruszati Nor Rahim][
*Bila Sena Kembali Berbunga*
*Bila Sena Kembali Berbunga 2*
*Episod Cinta Di Tanah Hijrah*

][Salina Ibrahim][
*Mahligai*
*Anjung Warisan*
*Atas Nama Kasih*
*Syurga Dihati*
*Bukan Yang Pertama*
*Setenang Cahaya Hati*
*Tiada Khatimah Cinta*

][Faisal Tehrani][
*Cinta Hari-Hari Rusuhan*
*Advancer Si Peniup Ney*
*Tunggu Teduh Dulu*
*Karbala*

][Norhisham Mustaffa][
*Leraian Novella*
*Persinggahan*
*Sayangku Aini Sofea*
*Kompilasi Kasih Orang Terbuang*

][SN Dato' A. Samad Said][
*Kail Panjang Sejengkal*
*Patah Sayap Terbang Jua*
*Bulan Tak Bemadu Di Fatehpur Sikri*
*Salina*
*Ilham Tasik*
*Keledang*
*Cinta Fansuri*
*Rindu Ibu*
*68 Soneta*

][Hasanuddin Md Isa][
*Sentuhan*
*Mereka Yang Tertewas 2*

][Siti Zabeha][
*Di Usik Sayang*
*Yang Tercinta*

][Zaharah Muhammad][
*Maafkanlah Aku*
*Hatiku Milikmu*
*Mencari Kekasih*
*Kerana Kau Lelakiku*
*Izinkan Mimpi Berulang*

][Puteri Andalas][
*Rindu Semalam*
*Jalinan Kasih*
*Tanpamu Disisi*
*Cinta Seindah Madah*

][Liana Afiera Malik][
*Janji Assila*

][Abdullah Hussain][
*Imam*
*Interlok*

][Khadijah Hashim][
*Trilogi Khadijah Hashim*
*Badai Semalam*

][Fatinilam Sari Ahmad][
*Antara Dua Hati*

][Faranina Zulfar][
*Sutera Demi Aishah*

][Izzul Izzati][
*Bukan Cinta Biasa*
*Kuseru Kasihmu*
*Kelat-kelat Sayang*

][Ruby Hazri][
*Percayalah*
*Kopi Susu Sepatu Biru*
*Percayalah...Akhirnya*
*Mr Right Buat Ann*

][Rnysa][
*Relevankan Aku Dihatimu*

][Hlovate][
*Shubert Serenade (Gurindam Jiwa)*
*5 Tahun 5 Bulan*
*aA+bB*
*Tunas*
*Rooftop Rant*
*Versus*
*Contengan Jalanan*
*Anthem*

][Eita Asyhta][
*Kasih Seharum Lavender*

][Iffa Irdina ][
*Menyemai Cinta*
*Hanya Kau Yang Satu*
*Bahtera Cinta*

][Abu Hassan Morad][
*Natasya, Julia, Cinta Madinah*
*Suu Phea*

][Faizura Mansur][
*Bersinarkah Lagi Kejora*

][Sri Diah][
*Jangan Ada Dusta*

][Pitteriah Abdullah][
*Hadirnya Cinta*

][Liza Zahira][
*Impian Kasih*
*Kau Tetap Dihati*

][Azilawati Mat Angsar][
*Selaut Kasih*

][Eka Fahara][
*Kabus Kasih*
*Jawapan Yang Pasti*

][Mimie Afnie][
*Masih Ada Rindu*
*Tinggallah Pujaan*
*Aku, Dia dan Bintang*

][Mohammad Nazir Saad][
*Naluri*

][Mohd Hizam Hj Ali][
*Sinar Kasihmu*

][Habibah Rahmat][
*Merisik Pilu*

][Nazifah Halmi][
*Lukisan Hati*

][Suhaniza Sulaiman][
*Belaianmu*

][Kamariah Kamaruddin][
*Sebuah Syakirah*

][Maizura Mohd Ederis][
*Kiranya Kau Berbohong*

][Mohd Nazmi Yaakub][
*Lambaian Huda*

][Azizi Hj. Abdullah][
*Ayahanda*
*Tuk Cai*
*Zikir Rindu*

][Lamia Aimal][
*Tiga Wajah*
*Donia*
*Titian Usang*
*Waja*

][Azian Zahra][
*Mahligai Impian*

][Sarimah Ayob][
*Pelayaran Cinta*

][Siti Rohayah Atan][
*Cinderela, Romeo & Juliet*

][Haron Md Dom][
*Jerat*

][Ruhana Md Zaki][
*Semusim Cinta*

][Abdul Rahman Daud][
*Priya*

][Ujang][
*Jibam*

][Zetty Zahira][
*Sangkar Asmara*

][Nor Hazriana Abdullah/Ryana Adrina][
*Hadirnya Cinta*
*Tautan Kasih*
*Percaya Ada Cinta*

][Annur Puteri][
*Cinta Dimana ?*

][Ashadi Zain][
*Dari Kepala Batas ke New Heaven*

][Majidah Mat Jusoh][
*Dua Dunia*
*Dunia Jam 10*

][Azira Ahmad][
*Biarlah Rindu Ini Berguguran*
*Rindu Rinduan*

][Izza Aripin][
*...dan mimpipun bersatu*
*Kerana Dia Cinta*
*Srikandi Vs Arjuna*
*Tolong Pikat Hatinya*

][Dina Najat][
*Cinta Lukisan Jiwa*
*Seteguh Kasih Aina Najihah*

][Mina Manahie][
*Seindah Gubahan Kasih*

][Arena Wati][
*Sakura Mengorak Kelopak*

][Ahadiat Akashah][
*Bila Lagi Mentari Melimpah Sinar*

][H.M.H Al Hamid Al Husaini][
*Rumahtangga Nabi Muhammad S.A.W*

][Ebriza Aminnudin][
*Hati Ini Milik Siapa*
*Kau Yang Tak Mengerti*
*Mahakarya Cinta*

][Amir Husaini][
*Ombak Senja*
*Transgenesis*

][Aziz Afkar][
*Putik*

][Hendan Yahya/Nureen Mirza][
*Nabila*
*Nabila 2*
*Aku Yang Kau Tinggalkan*
*Kugapai Kasihmu*
*Asam Pedas Untuk Dia*
*Di Hatiku Kau Di Situ*

][Zara Juita][
*Erti Rindu Ini*

][Nor Rafishah Md. Hassan][
*Luka Sekeping Hati*
*Kau Yang Tercinta*
*Cinta Di Hati*

][Dhiya Zafira][
*KuDamba Bahagia*

][Meor Shariman][
*Cinta Gadis Pontianak*

][Nurul Syahida][
*Soalnya Hati*
*Plain Jane*
*Akukan Novelis!*
*Valentina Nervosa*

][Nisah Haron][
*Mencari Locus Standi*
*Lentera Mustika*

][Lynn Dayana][
*Jika Benar Cinta*
**

][Marwati Wahab / Aleeya Aneesa][
*Untukmu Sayang*
*Janjiku Bersamamu*
*Segalanya Untukmu*

][Rabiatul Adawiyah][
*Airmata Cinta*

][Maya Adelia/Adileah][
*Cinta Sang Pari-Pari*
*Pada Angin Aku Berpesan*
*Menunggu Hujan*
*Jula-Juli Bintang Tujuh*

][Khairyn Othman][
*Zahrah de Tigris*
*Dame Zoete Sarah*
*Nuansa Kota Merah*

][Aminah Mokhtar][
*Kuusir Lara Ini*

][Haslina Kamaluddin][
*Asmara Asrama*

][Hani Sofea][
*Gerhana Hati Lara*

][Kamsiah Abu][
*Menggamit Syurga Firdaus*

][Emma Maizura][
*Ada Cinta Di Hati*
*Dan Mimpipun Bersatu*

][Lia Azira][
*Salju Cinta*

][Hafirda Afiela][
*Kalimah Cintamu*

][Ramlah Rashid][
*Takku Duga*
*Sara Kirana*
*Qaseh Qaisy*
*Aku Cinta Kyra*
*Seharum Cinta Lestary*
*Lara Di Jiwa Ajym*
*Biarkan Indah Berlalu*


][Antasya Balkis][
*Citra Cinta*
*Bila Hati Berbicara*
*Suatu Penantian*

][Rose Harissa/Nora Ismail][
*Cinta Mekar Dihati*
*Serasi Dihati*
*Mulanya Satu Cinta*
*Tuhan Lebih Tahu*
*Wasilah Cinta Weera*
*...dan Cintapun Tersenyum*

][Nor Erny Othman][
*Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Kucintai*

][Zuraidah Othman][
*Suci Wajah Rindu*

][Nura Zulaikha][
*Cahaya*

][Azhan Kamal][
*Sebening Rindu*

][Manjlara][
*Persis Sebutir Pasir*
*Suka Saya Ya? Suka Saya Tidak?*

][Nazurah Aisyah][
*Lili Buat Najah*
*Rahsia Hati Sofea*
*Melur Bunga Ivy*
*Bening Merah Jingga*
*Bukan Hanya Ada Kita*

][Norzilinawati Alias][
*Restuilah Kasih*

][syud][
*Tentang... Dhiya*
*Tas Merah Jambu (Kebun Mimpi)*
*Pelangi (Pelangi)*
*Langit.. Tetap Biru (Damai)*
*Untuk Awak Teja Aulia*
*Baju Melayu Hijau Serindit*

][Puteri Imaneisya][
*Ungkapan Rahsia Hati*

][Abdul Latip Talib][
*Salahudin Penakluk Jerusalem*
*Ikramah Penentang Jadi Pembela*

][Zaid Akhtar][
*Salju Sakinah*

][Maya Iris][
*Curahan Cinta Niagara*
*Kuseru Namamu Kekasih*

][Aidil Khalid][
*Bila Nysrah Kata Tak Mahu*

][Hani Fazuha][
*Mengukir Bahagia*
*Bebunga Kasih*
*Harga Sebuah Cinta*
*Hati Kala Cinta*
*Pergi Tanpa Alasan*

][Bahruddin Bekri][
*Dunia Ini Sederhana Kecil*
*Doa Untuk Aku*
*Detektif Bertudung Hitam*
*Adi Gempa*
*Puisi Nadina*
*Terang Bulan*

][Serunai Faqir][
*Lagukan Senandung Itu*
*Mantera Hitam*

][Aida Adriani][
*Kerana Terluka*

][Anita Aruszi][
*Bunga Syurga*
*Hujan Rindu*
*Rembulan Berdarah*
*Sakti Cinta*
*Tiada Sepertimu*
**

][Mazni Aznita][
*Street Vendetta*
*Sayangku Casper*
*Venom Suria*
*Kasihku Arina*
*Alamak Lagi-lagi Dia*

][Pingu Toha][
*L.U.V.E.*
*1.4.3.*
*Epik Cinta Dari Agia*

][Miz Mia][
*Hujan Gula-Gula*

][Iejay Zakaria][
*Lagu Cinta*
*Resepi Cinta*

][Zuliana Abuas][
*Viva Sakura*

][Lily Haslina Nasir][
*Aku Ada Kamu*
*Menunggu Cinta Tuhan*
*Tuhan Masih Menyintaimu*

][Iman Xara][
*Tanya Pada Hati*
*Rumput Masih Hijau*
*Kau Curi Hatiku*
*Seadanya Kamu*
*Sijil Layak Berteman*

][Nazawati][
*Teluki Itu Untuk Aku*

][Xarine/Khairi Mohd][
*Bintang-Bintang Ke Syurga*
*Yuda di Padang Maya*
*AdaMaryam*
*Kasyaf*

][Saidatul Saffaa][
*Kemilau Mutiara Raudhah*
*Damai (Damai)*
*Quartet*
*Busana Nana*

][Mazni Darwisa][
*Samudera Indah Nian*

][Nasron Sira Rahim][
*Nama Atas Kertas*
*Enigma*

][Nur Azzahra][
*Bidadari Hujan*

][Nirrosette][
*Ikhlas, A.K!*
*Nah, Untuk Awak!*
*Tunggu Aira Di Bandung*

][Ika Madera][
*Jet Jonah*
*Dapur Wawa*

][Nasz][
*Sweet Sour*
*Lazuardi*

][Faziela][
*Si Mangkuk Tingkat*
*Sandal Bunga-Bunga*

][RodieR][
*Nyanyian Hati*
**

][Aishah Madadiy][
*Velvet Di Durham*
*Akrilik Atas Kanvas*

][Aidah Bakri][
*Mencari Taman Dihati*
*Dandelion Ditiup Angin*

][Nisyah][
*3 Jantung Hati*
*Bawah Pohon Sena*

][*_*][
*XX*
**



~ Indonesia ~
][Prof Hamka][
*Tenggelamnya Kapal Van Der Vick*
*Di Bawah Lindungan Kaabah*
*Merantau Ke Deli*

][Andrei Aksana][
*Abadilah Cinta*
*Sebagai Pengganti Dirimu*
*Cinta Penuh Air Mata*
*Kerana Aku Menyintaimu*
*Lelaki Terindah*
*Pretty Prita*
*Cinta 24 Jam*
*Men 2 Love*
*Janda-Janda Kosmopolitan*

][Marga T][
*Karmila*
*Setangkai Edelweiss*
*Sepagi Itu Kita Berpisah*
*Tesa*

][Habiburrahman El Shirazy][
*Ayat-Ayat Cinta*
*Pudarnya Pesona Cleopatra*
*Dalam Mihrab Cinta*
*Ketika Cinta Bertasbih*
*Ketika Cinta Bertasbih 2*
*Ketika Cinta Berbuah Surga*

][Andrea Hirata][
*Laskar Pelangi*
*Sang Pemimpi*
*Edensor*
*Maryamah Karpov*

][Tere liye][
*Hafalan Shalat Delisa*
*Moga Bunda Disayang Allah*
*Bidadari Bidadari Surga*
*Rembulan Tenggelam Di Wajahmu*
*Burlian*
*Pukat*

][Sendutu Meitulan][
*Cintaku Antara Jakarta & Kuala Lumpur*
*Mimpi-Mimpi Si Patah Hati*

][Dewie Sekar][
*Zona@Tsunami*
*Perang Bintang*
*Zona@Last*
*Langit Penuh Daya*

][Esti Kinasih][
*Fairish*

][Dianing Widya Yudhistira][
*Perempuan Mencari Tuhan*

][K. Usman][
*Rahasia Cinta Gadis Jelita*

][Abdulkarim Khiratullah][
*Mencari Cinta Yang Hilang*

][Jurie G Jarian][
*Opik Sok Cool Nih!*

][Mira W][
*Cinta Berkalang Noda*

][Maria A Sardjono][
*Pewaris Cinta*
*Melati Di Musim Kemarau*
*Ketika Flamboyan Berbunga*
*Musim Bunga Telah Berlalu*
*Seikat Mawar Putih*
*Merambah Bukit Wadas*
*Hujan Di Akhir Kemarau*
*Telaga Hati*
*Pengantin Kecilku*
*Daun-Daun Yang Gugur*
*Tiga Orang Perempuan*
*Lembayung Di Langit Lembayung Di Mataku*
*Sepatu Emas Untukmu*
*Bintang Dini Hari*
*Gaun Sutra Warna Biru*
*Cinta Yang Biru*
*Sayap-Sayap Cinta*
*Menjolok Rembulan*
*Langit Di Atas Merapi*

][Luna Torashyngu][
*Lovasket*
*Dua Rembulan*

][Alexandra Leirissa][
*12 Pendar Bintang*

][Sitta Karina][
*Seluas Langit Biru*



~ Singapura ~
][Norisah A. Bakar][
*Takdir*
*Rinduku Di Angin Lalu*
*Hati Seorang Wanita*
*Kasih Antara Kita*
*Kerana Kau*
*Inche' Jamil Menantu Mithali*

][Manaf Hamzah][
*Dedaun Hijau Di Angin Lalu*
*Anggerik Di Tangkai Mawar*
*Aylana*
*Sekeras Waja Selembut Sutera*
*Dalam Kehangatan Dakapan Senja*
*Hujan Gerimis Dihiasi Pelangi*
*Suzan*

][Isa Kamari][
*Atas Nama Cinta*
*Tassawul*

][Rohani Din][
*Diari Bonda*





..:: berkongsi rasa ::..

][ Galau Di Hati Seri ][
][ Suka Saya Ya? Suka Saya Tidak? ][
][ Yuda di Padang Maya][
][ 1 4 3 ][
][ Jaja & Din ][
][ Menunggu Cinta Tuhan ][
][ Bebunga Kasih ][
][ Kemilau Mutiara Raudhah ][
][ Bintang-Bintang Ke Syurga ][
][ Tuhan Lebih Tahu ][
][ Ketika Cinta Berbuah Surga ][
][ Dame Zoete Sarah ][
][ Teluki Itu Untuk Aku ][
][ Dalam Kehangatan Dakapan Senja ][
][ Setiap Jumaat ][
][ Sigaraning ][
][ Bidadari-Bidadari Syurga ][
][ Odisi Bulan Biru ][
][ Rooftop Rant ][
][ Kuseru Namamu Kekasih ][
][ Chinta ][
][ Ombak Bukan Biru ][
][ Doa Untuk Aku ][
][ L.U.V.E. ][
][ Bunga Syurga ][
][ Secantik Anugerah ][
][ Dunia Ini Sederhana Kecil ][
][ Transgenesis: Bisikan Rimba ][
][ Kasih Antara Kita ][
][ Kugapai Kasihmu ][
][ Mengukir Bahagia ][
][ Bukan Terlarang ][
][ Bohemian ][
][ Dari Beirut Ke Jerusalem ][
][ Sang Pemimpi & Edensor ][
][ Plain Jane ][
][ Cinta Seindah Madah ][
][ Lili Buat Najah ][
][ Tentang... Dhiya ][
][ Laskar Pelangi ][
][ Garis-Garis Dejavu ][
][ Persis Sebutir Pasir ][
][ Sekeras Waja Selembut Sutera ][
][ Sara Kirana ][
][ Qaseh Qaisy ][
][ Suci Wajah Rindu ][
][ Ada Cinta Di Hati ][
][ aA + bB ][
][ Menggamit Syurga Firdaus ][
][ Aku Yang Kau Tinggalkan ][
][ Kopi Susu Sepatu Biru ][
][ Bila Cinta Itu Jadi Milikku ][
][ Air Mata Kasih 2 ][
][ Lamaran Kedua ][
][ Bahtera Cinta ][
][ Zahrah de Tigris ][
][ Cinta Sang Pari-Pari ][
][ Kerana Kau Lelakiku...][
][ Maafkanlah Aku ][
][ Mencari Locus Standi ][
][ Kau Yang Tercinta ][
][ Luka Sekeping Hati ][
][ Ombak Senja ][
][ Kuseru Kasihmu ][
][ Labyrinth ][
][ Ayat-Ayat Cinta ][
][ Pudarnya Pesona Cleopatra ][
][ Putik ][
][ Pulang ][
][ Cinderella Cinta ][
][ Gurindam Jiwa ][
][ Bayangan Rindu ][
][ Kerana Dia Cinta ][
][ Hati Seorang Wanita ][
][ Surat Ungu Untuk Nuha ][
][ Perempuan Tanpa Dosa ][
][ Imam ][
][ Fairish ][
][ Untuk Tiga Hari ][
][ Semarak ][
][ Atas Nama Cinta ][
][ 5 Tahun 5 Bulan ][
][ Setulus Setia Seindah Nama ][
][ Kasih Seharum Lavender ][
][ RADHA ][
][ Percayalah ][
][ Setelah Kau Pergi ][
][ Duri ][
][ Biarkan Aku Menangis ][
][ Hadirnya Cinta ][
][ Menyemai Cinta ][
][ Kau Laksana Bulan ][
][ Jejak-Jejak Songsang ][
][ Sutera Demi Aishah ][
][Bila Sena Kembali Berbunga 2][
][ Aylana ][
][ Tanah Andriyana ][
][ Takdir ][
][ Belaian Jiwa ][
][ Takagi Sayang ][
][ Angin Dingin Dari Utara ][
][ Anggerik Di Tangkai Mawar ][
][ Mimpi Kita Serupa ][
][ Priya ][
][ Semalamku Bermimpi ][
][ Dedaun Hijau Di Angin Lalu ][
][ Berikan ku Bahagia ][
][ Maafkanku Sayang ][
][ Kasih Bersemi ][
][ Bara ][



..:: tukang ulas buku ::..

][ CarrieKirana ][
][ Antubuku ][
][ 1001 Malam ][
][ Ulas Buku ][
][ Forum Buku ][
][ Dunia Novel ][
][ Ulas & Kupas ][
][ dunia-novel ][
][ ketika membaca ][
][ kicap's review ][
][ My Kingdom of Books ][


..:: teratak teman ::..




..:: e-novel ::..




..:: gedung buku ::..

][ Creative ][
][ Alaf21 ][
][ Jemari Seni ][
][ Kaki Novel ][
][ KarnaDya ][
][ NB Kara ][
][ MPH ][
][ Utusan Publication ][
][ Fajar ][
][ Dawama ][
][ Ujana Ilmu ][
][ PTS ][
][ Pustaka Islamiyah ][
][ Pekan Ilmu Publications ][

][ Pustaka Republika ][
][ Gramedia ][
][ MyLibrary ][
][ Kamus Dewan ][
][ Kamus Dewan 2 ][

..:: terima kasih kerana menjadi tamu ::..

Free Web Counter
hit Counter


..:: ini aku ::..

...::duniAku::..


..:: music ::..






..:: pendapat anda ::..

Perlu ataupun tidak saya meneruskan 'tugasan' saya berkongsi rasa dengan anda..??
Perlu... kerana (alasan anda - postkan di 'guestbook')
Tidak perlu... kerana tidak membantu sama sekali.
Tidak kisah... mana2pun boleh.
  
pollcode.com free polls

Guestbook



..:: iklan ::..

contact


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

cReditS

Blogdrive




Thursday, October 28, 2010
Galau Di Hati Seri

Pengarang      : Kusyi Hirdan

Halaman          : 526

Tahun               : Februari 2010

Terbitan          : NB Kara

Harga               : RM21.50


Blurb:

 

Seri Arina seorang penyanyi cuba mengubah pandangan umum terhadap dunia hiburan kepada persepsi yang lebih baik. Sesuai dengan imejnya sebagai artis bintang realiti yang bertudung, dia cuba berdakwah dengan caranya yang tersendiri. Biarpun cuba menghindari fitnah dan tohmah dunia yang penuh kepura-puraan ini, namun kealpaannya yang sedikit, menjadikan dia mangsa fitnah yang amat lelah.

 

Bagi Sulaiman pula, dunia politik adalah impiannya sejak kecil. Dia mengimpikan politik yang bersih dan jujur. Di masa yang sama, dia benar-benar bencikan dunia hiburan yang baginya, sesuatu yang cukup melalaikan. Namun tanpa Sulaiman sedar, dunia politik adalah lebih kotor dan cukup menjijikkan.

 

Baik Seri Arina mahupun Sulaiman, kedua-dua mereka tidak pernah bersua muka. Namun dalam peristiwa hitam rancangan sang durjana, mereka ditemukan. Ada rasa tidak suka antara mereka dan seringkali bersengketa. Namun tanpa sedar, titik hitam itulah membuat hati mereka berdua terpaut.

 

~~***~~

 

Galau Di Hati Seri (GDHS), adalah karya pertama Kusyi Hirdan yang saya baca.  Sebenarnya selepas beberapa kali 'terkena' saya jadi serik untuk membaca karya-karya penulis yang tidak pernah saya baca sebelumnya kecuali atas saranan teman-teman yang arif tentang 'selera' saya.  Secara puratanya saya telah membaca lebih daripada 300 buah novel selama saya bergelumang dengan novel (berdasarkan jumlah novel yang ada dalam simpanan saya, tidak termasuk koleksi novel daripada seberang *wink*). Sebenarnya jumlah ini adalah sedikit berbanding dengan pembaca lain, tetapi bagi saya yang membaca 'ikut mood', jumlah ini dikira boleh tahan juga kan?? *ngee*

 

Jadi pelbagai jenis genre, plot cerita, gaya bahasa yang telah saya temui/baca. Ada antaranya saya suka sangat. Yang akan saya ulang baca berkali-kali.  Ada antaranya suka juga laaa. Ada antaranya, boleh la, dan ada juga yang membuatkan rasa suka saya hilang terus. Membuatkan saya jadi pemilih yang tegar bila datangnya pertimbangan dalam membuat pilihan untuk bahan bacaan saya. Dan salah satu pertimbangan saya adalah siapa penulisnya, selain jalan cerita dan bahasanya.

 

Berbalik pada cerita ini, kali ini pertimbangan saya berdasarkan 'ingin cuba'.  Dan percubaan saya membuahkan hasil! Saya sukakan Galau Di Hati Seri ini.  Selain jalan cerita yang berjaya mengikat tumpuan saya, saya juga tidak mempunyai masalah dengan gaya bahasa penulisnya. Mungkin kerana beliau seorang wartawan, memberi kelebihan kepada beliau untuk berkarya.

 

Galau Di Hati Seri ini berkisah tentang perjuangan Seri Arina dalam dunia seni (suara). Dia yang dinobatkan sebagai juara pertandingan nyayian –Bintang-Bintang– menjadikan bidang ini sebagai medan untuk berdakwah. Sementelah pula penampilannya yang bertudung dan kebal dengan prinsip, memberi impak positif serta menjadi satu fenomena baru dalam dunia seni.  Walau sedar laluannya bukan mudah, apatah lagi dia penyanyi popular yang menjadi rebutan produser dan penerbit, juga menjadi 'intipan' pemberita (hiburan) yang dahagakan cerita-cerita 'panas', namun dia teguh mempertahankan misi dan visi yang diperjuangkannya.

 

Tentang Sulaiman Adnan, individu yang sangat cintakan dunia politik.  Dia ahli politik yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai teras perjuangannya. Dia ingin berbudi dan berbakti pada masyarakat melalui 'dunia politik'.  Namun dia sedar, tak semua mereka yang berkecimpung dalam kancah politik atas nama perjuangan menegakkan keadilan pada masyarakat. Bukan semua ahli politik 'lurus' dan jujur dalam perjuangan sebagaimana dia ingin lurus dan jujur membela nasib rakyat. Mereka ada agenda tersembunyi.

 

Tanpa sedar, baik Seri Arina mahupun Sulaiman Adnan, ada insan yang tidak senang dengan prinsip yang mereka junjung. Ada 'musuh' yang tidak senang dengan keberhasilan mereka. Yang ingin menjatuhkan mereka. Yang berhasrat meranapkan impian dan angan mereka untuk berbakti dengan cara mereka tersendiri. Dalam satu insiden yang tak terduga, mereka dipertemukan dalam keadaan yang sungguh mengaibkan. Mereka diaibkan oleh insan yang paling hampir dengan mereka semata-mata atas nama kepentingan diri sendiri!

 

Bagaimanakah nasib dan masa depan mereka? Berjayakah mereka menangkis tohmahan  yang dilemparkan pada mereka? Segalanya akan terjawab apabila anda membaca karya ini.

 

Membaca karya ini, saya membayangkan senario politik tanahair (yang bukan bidang dan minat saya!). Saya membayangkan 'warna-warni' dunia hiburan tanahair yang saya baca di dada-dada akhbar, dan terkini menerusi laman-laman sesawang yang menulis tentang corat-coret dunia hiburan.  Walaupun 'cerita hitam' yang termuat dalam karya ini hanya fiksyen, hanya imaginasi dan rekaan penulis semata, tapi bagi saya, sedikit sebanyak fenomena ini pasti wujud dalam dunia realiti.  Yelah, masakan ada pepatah "kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang?"  jika senario sebegini tidak berlaku masakan kita boleh baca di mana-mana medium yang memuatkan cerita tersebut? Dan sedikit sebanyak memberi ilham pada penulis untuk mengarap cerita? Ye dak?? Dan baik dunia politik mahupun dunia hiburan perasaan hasad dengki dan perasaan tidak senang akan kelebihan pihak lawan pasti ada.  Lagikan sesama adik-beradikpun boleh ada perasaan ini apatah lagi pihak yang berseteru?

 

Walau bagaimanapun, kita sebagai pembaca yang matang, akan membaca, mencerna dan membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam membuat sesuatu penilaian kerana dalam setiap 'fiksyen' yang dipentaskan di dada kertas, pastinya terselit walau tak banyak, sedikit pasti ada pengajarannya buat kita. Sekurang-kurangnya kita tidak bazirkan masa membaca 300 – 500 halaman hanya untuk sesuatu yang sia-sia tanpa manfaat.

 


Posted at 06:07 pm by wanAmalyn
apa pula komen anda?  

Friday, October 08, 2010
Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak?

Pengarang      : Manjlara

Halaman          : 443

Tahun               : September 2010

Terbitan          : Jemari Seni

Harga                : RM19.00


Blurb:

 

Jodoh itu rahsia Allah

 

Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta. Allah temukan dia untuk aku mengenal kaca dan permata. Andai bersua lagi, akan aku kotakan janji padanya. Tetapi benarkah, dialah pilihan hati?

 

Qisya Amni, gadis manis yang tinggal bersama ayah saudaranya sejak kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya.

 

Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yang dipinjamkan orang. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yang terbaik untuk anak saudaranya yang piatu itu. Tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yang lain.

 

Kadang-kadang cinta boleh buat seseorang itu sesat. Kadang-kadang pula, cinta boleh buat seseorang mengembara.  Dan.. sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya.

~~O~~ 

 

MANJLARA menulis tulus dan indah sekali. Membaca perasaan Qisya Amni bagaikan membuka jendela rasa seorang anak yang terpinggir. Menilik jiwa Qisya Amni umpama meneroka diari seorang perawan suci. Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? membawa anda belayar mencari cinta kasih sejati.

~~***~~

 

Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? (SSY? SST?), adalah buah tangan terbaharu daripada Manjlara selepas Persis Sebutir Pasir yang diterbitkan pada Februari 2008.

 

SSY? SST? karya yang tidak menghampakan saya. Biarpun saya harus menunggu lebih dua tahun untuk menatap bait-bait ayat yang tersusun indah hasil garapan penulis bernama Manjlara ini. Dengan susunan ayat dan penggunaan bahasa yang sungguh indah dan puitis, dengan jalan cerita yang membuatkan saya menyimpan sabar dalam debar, saya menghabiskan bacaan dengan hati yang puas!

 

Bahasa Lara menggamit ingatan saya pada novel-novel terbitan creative di awal-awal pembabitan saya dengan 'dunia novel' lebih 10 tahun yang lalu. Bahasa Melayu yang melambangkan jiwa bangsa orang-orang Melayu. Bahasa yang indah penuh adab sopannya.  Entahlah mungkin saya 'generasi lama' yang amat cintakan bahasa melayu. Yang merasakan walau semoden manapun zaman ini, bahasa melayu tetap indah di hati saya.

 

Kali ini Lara mengajak kita menyelami jiwa seorang Qisya Amni, si gadis yatim piatu yang menumpang kasih pada keluarga Pak Long Mukri. Hidup bagaikan melukut di tepi gantang di hati Mak Long Ainun. Sedihnya. Sudahlah tidak beribu, ada ibu saudara pun tidak boleh menumpang kasih. Namun dia pasrah jika itu nasibnya.

 

Qisya Amni yang ketandusan sayang, mengharapkan kasih Hilmy, si jejaka yang bertakhta di hati. Dahan yang diharapkan untuk menumpang kasih 'hidup bagaikan menanti mati'  terbaring kaku akibat kemalangan. Peritnya dugaan. Sudahlah tepatan jiwa terbaring kaku, si ibu pula seakan tidak memberi restu.

 

Azam Jufry, hatinya pernah dikecewakan. Dia hilang 'rasa cinta' pada mana-mana wanita yang dia jumpa.  Hinggalah saat dia menatap mata bundar si gadis. Lirik mata yang bagaikan berkalang derita menariknya untuk terus mencungkil rahsia. Anehkan hati? Semudah itu berubah rasa?

 

Tapi bagaimana dengan Qisya Amni? Cintanya hanya untuk Hilmy, Hilmy dan Hilmy. Tiada ruang lagi untuk lelaki selain Hilmy. Jika itu suratan takdirnya, siapa dia untuk mengubahnya? Akhirnya Hilmy pergi jua. Walau hati menangis hiba, hidup harus diteruskan juga.

 

Wafi Ilya, dia hadir di saat hati Qisya Amni libang libu dengan kehilangan Hilmy. Tatkala  seluruh cintanya tertanam tidak bersisa bersama jasad Hilmy.  Dia tersepit antara kasih pada si adik yang telah tiada dan kasihan pada si abang yang pertama kali jatuh cinta. Aah sukarnya untuk membuat pilihan walaupun sebenarnya dia tidak perlu membuat pilihan pun! Dan benarkah pilihannya itu bila hati bagaikan tidak pernah mengiakannya?

 

Dia terkapar-kapar mencari dahan untuk bergantung harap. Antara Hilmy yang sudah tiada, Wafi Ilya yang mengharapkan cinta dan 'abang' Azam Jufry yang dalam diam memupuk suka… siapakah yang akan memayungkan teduh buatnya?

 

Benarkah pilihan hati anda sama dengan pilihan Qisya Amni? Jawapannya, anda kena bacalah.

 

Psst… penantian saya juga berbaloi, selepas dua tahun, rupanya saya masih rindukan 'Kasih' Widya.  (sila rujuk novel Persis Sebutir Pasir untuk mengetahui siapa 'Kasih' Widya dengan Azam Jufry)

 

 

 

Nota: Sudah lama tidak 'mengarang', bagaikan sudah hilang segala perbendaharaan kata.  Benarlah 'kata orang', baca, baca, baca dan baca untuk menulis!

 


Posted at 06:52 pm by wanAmalyn
apa pula komen anda?  

Monday, April 19, 2010
Yuda di Padang Maya

Pengarang         : Xarine

Halaman            : 496

Tahun                  : Mac 2010

Terbitan              : Jemari Seni Publishing

Harga                   : RM20.00


Blurb:

 

... tiada manusia yang berseorangan ...

 

Cinta ini menolak hukum alam. Seperti cuba mencampurkan air dengan minyak, mempersahabatkan malaikat dengan syaitan, menyatukan kehidupan dan kematian. Cinta ini cinta yang mustahil.

 

"Puteri Silfia... kita hamba Tuhan yang sama tetapi dunia kita berbeza..." Azmi merenung mata puteri kayangan di depannya. Di mata Azmi, Silfia amat cantik. Meski bersayap dan bertanduk kecil.

 

Sampai ke tahap manakah seseorang sanggup berkorban untuk cinta? Sesetengah orang mungkin sanggup kehilangan segala-galanya untuk cinta. Dan mungkin ada yang sanggup merenangi lautan api untuk cinta. Tapi berapa ramai yang sanggup berkelana ke dunia dimensi lain demi cinta?

 

Untuk cinta Azmi sanggup ke dunia jin! Kerana persahabatan pula tiga siswa USM sanggup ke sana untuk menyelamatkan Azmi dan terperangkap di medan yuda! Tapi bagaimanakah kesudahan perang antara dua bangsa jin itu?

 

* * * * *

Sebuah roman percintaan luar biasa, dipersembahkan dengan cara yang tersendiri oleh XARINE!

 

* * * * *

Sinopsis :

 

Yuda di Padang Maya ini adalah naskhah kedua yang aku baca daripada penulis yang memegang title insinyur bernickname Xarine, selepas Bintang-Bintang Ke Syurga.

 

Novel ini terbahagi kepada '2 buku' iaitu Buku 1: Alam Manusia dan Buku 2: Alam Jin.

 

Buku 1: Alam Manusia

 

Kisah tentang Azmi, seorang anak istimewa, yang hidup dalam dunianya sendiri disebabkan oleh satu keadaan yang tak siapapun tahu.  Tak seorangpun sedar (kecuali orang-orang tertentu) bahawa dia ada 'kawan pendamping' yang sering menemaninya setiap masa.  Makhluk yang tak dapat dilihat oleh siapapun (kecuali 'dia' menampakkan diri). Bapanya pula seorang dukun yang terkenal dengan kebolehan mencari 'benda' yang hilang termasuklah orang.  Dan pastinyalah segala info daripada 'sahabat' Azmi.

 

Hinggalah dia menginjak dewasa dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.  Dengan tekad yang baru, Azmi ingin lari daripada 'bayangan' bapanya.  Dia memohon sebagai 'cikgu' dengan harapan dapat menjalani hidup seperti manusia normal yang lain.  Tanpa rencana (atau sememangnya perancangan makhluk lain), berlakunya satu insiden di depan matanya dan dia tidak sampai hati untuk 'menutup mata'.  Ihsannya pada insan yang perlukan pertolongan membuatkan harapannya hanya tinggal harapan.

 

Ekoran daripada kejadian itu, dia berkenalan dengan 'Balqis' yang memohon bantuannya untuk membantu memulihkan ibunya yang sedang sakit.  Sakit akibat perbuatan sihir berbelas tahun yang lalu. Dalam masa yang sama dia berkenalan dengan Riduan, Amsyar & Zamsari senior yang terpaksa menyewa di luar (kampus) dek ketiadaan bilik (kampus) yang kosong.  Bilik-bilik yang pastinya prioriti harus diberikan pada pelajar junior (pelajar baru).

 

Satu demi satu insiden pelik berlaku, bermula dengan perkenalannya dengan 'Balqis' dan keluarganya, berlaku insiden di mana Riduan di'tegur' di rumah sewanya, perkenalan dengan Pak Karim dan pertemuan dengan Arissa yang buta. Semuanya membawa kepada tersingkapnya rahsia yang selama 17 tahun tersembunyi di sebalik 'sakit' Mastura – ibu Balqis.

 

 

Buku 2: Alam Jin

 

Rentetan daripada niat untuk memulihkan makcik Mastura, Arissa mencadangkan agar Azmi ke dunia jin. Tapi belum sempat Arissa 'menghantar' Azmi ke sana, Azmi telahpun diculik oleh 'Jin' (jahat).  Niat untuk membantu akhirnya Azmi yang harus dibantu. Demi menyelamatkan Azmi daripada terus dikuasai oleh 'roh' jahat, Zamsari, Riduan dan Amsyar dihantar ke sana untuk membawa Azmi dan makcik Mastura pulang ke dunia manusia.

 

Rupanya misi membawa Azmi & makcik Mastura balik tidak semudah yang disangkakan. Mereka -Riduan, Amsyar & Zamsari- terperangkap dalam kancah peperangan puak jin baik dengan jin jahat yang cuba untuk menghapuskan penganut agama wahyu.  Ya, jin juga ada kerajaan seperti kita di dunia. Ada agama yang mereka anuti. Ada Jin Islam, ada Jin kafir.

 

Berjayakan misi mereka, sekaligus kembali ke dunia realiti (manusia) sebagai manusia yang waras? Atau selamanya mereka terperangkap dalam tubuh dan dunia jin? Dan siapa sebenarnya 'Balqis' yang meminta pertolongan daripada Azmi?  Dan siapa sebenarnya makhluk yang selama ini menjadi pendamping Azmi? Wah! banyaknya rahsia yang perlu dibongkar!!

 

* * * * *

 

Sememangnya karya terbaharu daripada Xarine ini lain daripada yang lain!  Pada mulanya apabila mengetahui bahawa Jemari Seni bakal menerbitkan sebuah novel bergenre 'fiksyen' aku tertanya-tanya juga, bagaimana ya 'bentuk'nya?

 

Sebabnya, sebagaimana yang umum ketahui, salah satu daripada keutamaan JS adalah…  "karya-karya yang terpilih haruslah mempunyai nilai-nilai moral yang cemerlang... dan karya yang menjadikan Islam sebagai suatu cara hidup menjadi keutamaan di Jemari Seni Publishing" (petikan dipinjam daripada laman sesawang JS), itulah yang membuatkan aku jadi cuak.

 

Membaca Yuda dengan perasaan yang tertanya-tanya. Perasaan ingin tahu 'rupa & bentuknya'. Bermula dengan helaian pertama ke helaian seterusnya.  Daripada Buku 1 hingga ke helaian terakhir Buku 2hey! baguslah novel ni…

 

Yuda merupakan sebuah naskhah yang sarat dengan info/gambaran tentang dunia 'mistik', dunia Jin yang kita tidak nampak dengan mata kasar tapi wajib percaya akan kewujudannya.  Sebagaimana satu firman Allah  "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.  (Az-Zariyat : 56)" sebagai bukti sahih akan kewujudan 'dunia' Jin.

 

Dalam naskhah kali ini penulis membawa kita pembacanya menjelajah dunia Jin, 'mengenali' makhluk yang menghuni 'dunia di sebelah sana'.  Dunia yang agak 'menyeramkan' aku. Entahlah mungkin pembaca lain tidak rasa apa-apapun tapi pada aku ia memang membuatkan bulu roma aku meremang ketika membaca naskhah ini.

 

Mungkin faktor membaca di waktu malam yang sudah melewati waktu tidur, bertemankan pekat malam, dengan cerita yang 'sebegitu' yang membuatkan bulu roma aku meremang.  Apatah lagi bila dihadapkan dengan insiden Zamsari terlihat makhluk hitam yang menekap di dinding tandas dengan kaki ke atas, kepala di bawah, menjelir-jelir lidah ke dalam mangkuk tandas..... uuuwwaaaaa tak sanggup!!!!

 

Mungkin disebabkan oleh kelemahan aku yang paling ketara, mudah larut dengan pembacaan. Mudah membayangkan benda-benda yang tak seharusnya aku fikirpun. Inikan sekadar cerita? Rekaan dan fiksyen penulis semata-mata... tapi itulah, susah aku nak pisahkan daripada dunia realiti bila sudah mula 'masuk' dengan cerita yang aku baca... Apatah lagi, bait kata yang tertulis dalam novel itu... 'setiap manusia tidak pernah berseorangan walau sesaat' memang 'menarik' ingatan aku terhadap 'mereka' yang berada di sekeliling aku.  Membuatkan aku terbayangkan benda yang bukan-bukan,... huhuhu

 

Cumanya bila memasuki Buku 2 rentak pembacaan aku agak perlahan berbanding dengan Buku 1.  Adakah kerana ia genre fiksyen? Aku tak rasa begitu kerana sebelum-sebelum ini aku layan juga fiksyen terutamanya karya Ramlee Awang Murshid yang ada elemen fiksyen terutamanya trilogi Bagaikan Puteri yang membariskan novel Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta selain Bagaikan Puteri itu sendiri (dan yang terbaharu Cinta Sufi). Juga novel Amir Husaini yang berjudul Transgenesis : Bisikan Rimba. Jadi bukan sebab genre yang menyebabkan aku hilang punca (sekejap).

 

Aku cuba analisa diri apa yang membuatkan konsentrasi aku berubah.  Dan aku harus akui, nama (watak-watak penjahat di dunia jin) yang agak pelik-pelik, menyebabkan aku susah nak lekatkan di benak.  Mungkin kerana sebutannya yang agak membelit lidah jadi sukar untuk disebut, lalu aku hadapi kesukaran melancarkan pembacaan! huhuhuhu ada ke orang beri alasan sebegitu?? Susah nak sebut jadi mood membacapun berantakan? Orang lain aku tak pasti, tapi itulah yang aku rasa. Hatta bila membaca novel bukan fiksyenpun aku lebih sukakan watak hero/heroin diberi nama yang simple untuk mudah diingati.

 

Tapi, bila aku fikirkan kembali... namanya pun penjahat! takkan diberi nama yang bagus-baguskan?  Tak sesuailah dengan 'watak' jahatnya itu.  Bukankah nama juga mencerminkan keperibadian seseorang?  Jadi memang sesuai dah nama-nama yang penulis berikan pada watak antagonis itu. Nama-nama seperti Sughoir, Oggur, Alfus, Solbus, Botrus, Garmodus dan macam-macam 'us' lagi seharusnya secocok dah... tapi itulah...

 

Lagi satu, pada pendapat aku jika diletak terjemahan/glosari untuk perkataan-perkataan 'pelik' yang menjadi perbualan 'makhluk jin' tersebut pastinya lebih bagus lagi. Yelah, sebagai pembaca teringin juga nak tahu apa yang dibualkan oleh mereka? Kalau benar bahasa yang dipertuturkan itu Bahasa Arab? nak juga tahu apa maksudnya dalam Bahasa Melayu. Sekurang-kurangnya aku boleh belajar Bahasa Arab secara tidak langsung.   Atau jika benar tak ada maknapun, ianya cuma sekadar frasa perbualan mereka (makhluk jin) sekurang-kurangnya penulis rekalah apa-apa maknapun janji ada. Jadi tidaklah pembaca terutamanya aku, perlu membuat telahan sendiri.

 

Walau bagaimanapun, kredit harus diberikan pada 'pelukis' atas imaginasinya menggambarkan ilustrasi  peta lakaran kerajaan Arod, serta ilustrasi wajah makhluk keturunan Alfrit, Alfus, Sughoir & Oggur,  Walau itu cuma sekadar imaginasi pelukis semata, sekurang-kurangnya ia  sangat membantu aku 'mengenal' rupa makhluk pelik itu.  Lagi satu, aku harus memberi pujian pada penulis kerana berjaya menyelitkan lawak spontan. Apa taknya dalam kita dalam mood serius tiba-tiba ada 'insiden' yang menggeletek hati, yang membuatkan aku tergelak sorang-sorang.

 

Kamu bacalah... dan 'rasai' sendiri pengalaman Azmi, Riduan, Amsyar & Zamsari meneroka alam jin. Cuma satu saja pesan aku, kalau rasa diri tu penakut (seperti aku), jangan baca di waktu malam... hehehe nanti kamu langsung tak boleh nak lelapkan mata!

 

Buat penulis… Tahniah! Kerana naskhah ini tidak sekadar fiksyen semata tapi ada 'isi' berguna yang boleh dijadikan iktibar. Dan YA, kak wan tidak membuang masa secara percuma menatap Yuda di Padang Maya ini, tetapi ada ilmu yang dikongsi bersama, yang boleh kak wan jadikan pedoman.

 


Posted at 01:07 pm by wanAmalyn
apa pula komen anda?  

Friday, April 09, 2010
1 4 3

 

Pengarang : Pingu Toha

Halaman    :  

Tahun         : Februari 2010

Terbitan    : Jemari Seni Publishing

Harga          : RM20.00


Blurb:

 

Berapa lama untuk kita jatuh cinta?

Boleh jadi dalam tiga hari, mungkin?

 

Berapa lama untuk kita kenal cinta?

Perlukah empat bulan?

 

Berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali...

dan kembali kepada cinta?

Cukupkah setahun?

 

Dan ini cerita tentang...

The Duyong. The Sleeping Beauty. The Rapunzel.

The Lovelorn. The Penunggu. The Hitam Manis.


Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita pelik. Ini bukan lagi mimpi. Ini sebuah cerita cinta.

 

1

Sekarang…. Satu tahun selepas L.U.V.E.

Cerita Cinta Biasa

Tentang Uth dan Lana.... Lisa dan Haikal.

 

4

Empat bulan darinya. Dulu.

EXs

Tentang Elina dan Kéri.

 

3

Ke masa depan, dalam tiga hari…

Merah Biru Violet

Tentang Vee dan Bucks. Dan Rose.

 

Inilah cerita biasa yang mengocakkan emosi merah dan biru menjadi warna pelangi cinta ungu. Tiga belahan jiwa yang dipisahkan waktu, jarak dan diri sendiri, dan akhirnya yang menemukan mereka ialah 'cinta'.

 

* * *

 

Selepas L.U.V.E... lihatlah bagaimana PINGU TOHA menamatkan cinta mereka dengan sebuah happy ending... berserta ucap 'I love you', akhirnya.

  

*****

 

143, seperti kata blurb, adalah kisah cinta indah titipan daripada-Nya. Benar! Rasa cinta itu hadir dalam pelbagai cara, di mana jua. Bila rasa cinta mula menyapa di dada, segalanya pasti akan menjadi indah belaka. Sebaliknya cinta juga bisa merubah yang bahagia jadi derita!

 

143 adalah rentetan tiga cerita yang digarab indah, diadun cantik menjadikan sebuah kisah yang menarik untuk dihadam.

 

Cerita pertama: Cerita Cinta Biasa

Kisah tentang kesinambungan konflik hubungan Uthman Huzir (Uth) & Lana Angrainny (Lana) daripada novel L.U.V.E. Kisah bagaimana sukarnya seorang Uth untuk meluahkan rasa cintanya pada Lana. Menanti Uth meluahkan rahsia hatinya, aku bagaikan menanti jongkong emas keluar daripada mulut Uth. Payahnya Uth untuk berkata-kata, terasa bagaikan ingin aje aku hempuk-hempuk kepala si Uth!  Apalah yang susahnya nak melafaz kata "I Love You Lana!"  kan mudah aje tu?

 

Hingga akhirnya muncul orang ketiga -Haikal- yang sangat berterus terang tentang hati dan perasaannya pada Lana. Oh! tidak.... bagaimana dengan Uth?? Berputih matakah Uth untuk mendapatkan cinta Lana? Hah! yang ini kamu kena baca sendiri cari jawapannya okey!

 

Cerita kedua: Exs

Kisah tentang Keri & Elina. Pada sesiapa yang telah membaca L.U.V.E. pasti tahu apa makna 'Exs' ni. Pada yang belum tahu, aku rekomenkan kamu baca dulu L.U.V.E. (tapi kalau tak bacapun tak apa, tidak akan menjejaskan jalan cerita 143 ini dan tidak akan membuatkan kamu sesat jalanpun!)

 

Dalam 143 ini, Keri dan Elina 'dipertemukan' ketika mereka dalam penerbangan ke Kota London. Penerbangan yang membawa separuh hati mereka –Keri & Elina– yang telah retak (baca: broken heart). Keri dengan cinta yang tak kesampaian dan Elina dengan hati yang kecewa kerana cinta. Namun 8 jam penerbangan mereka, telah membibitkan rasa ‘suka’ (bukan cinta?) Keri pada Elina. Dengan lagak machonya, "Can I fall in love with you?" Keri luahkan pada Elina. Sedangkan Elina yang telah patah hatinya sukar untuk memberikan jawapan... Bagaimana kesudahannya?? baca sendiri okey! hehehe

 

Cerita ketiga: Merah, Biru Violet

Kisah Bucks yang jatuh cinta pada Vee (Violet) yang 5 tahun lebih tua daripadanya. Bucks yang membuka gerai burger yang diberi nama 'Burgerbucks' ala-ala Starbucks la konon-kononnya (hanya pada nama bukan penampilannya okey! hehehe)

 

Kisah bermula di suatu malam, ketika hujan turun membasahi bumi, Vee yang kelaparan tetapi malas nak masak (sedangkan dia chef di Cafe Marooned) dan tiada teman untuk membawanya keluar makan, jadi dia ke "Burgerbucks", memesan burger daging tambah cheese, lebihkan mayonis tapi tak mahu sayur. Si Bucks yang sudah terkena panahan si cupid jatuh suka pada Vee, membuatkan dia lupa pada pesanan Vee. Malahan dia lebihkan sayur, yang sememangnya tidak digemari oleh Vee, maka bermulalah 'perang dalam diam' antara Vee dan Bucks. Yang membuatkan Vee jadi jengkel pada Bucks. Ada sahaja yang tak kena di matanya bila melibatkan Bucks. Dan ditakdirkan mereka berjiran tetapi berlainan blok.

 

Di sini Rose Mawar anak cilik yang sangat 'cute', berusia 6 tahun memainkan peranan menjadi 'orang tengah'. Sebenarnya bukanlah orang tengah seperti telangkai tu, dia sekadar menjadi peneman sama ada pada Bucks mahupun Vee. Apakah kesudahan kisah Vee dan Bucks? Baca sendiri!

 

* * * *

 

Aku sebenarnya agak skeptikal dengan cerita yang bersambung ni. Entah lah, agaknya pengalaman lalu banyak mempengaruhi aku bila ingin membaca naskhah yang sudah aku tahu ada chop ‘kesinambungan daripada novel yang terdahulu’.

 

Pada aku, apabila sesebuah cerita/novel sudah tiba ke penghujungnya, sudah diakhiri dengan ‘noktah’ bermakna itulah penamatnya. Titik. Tidak perlu ada sambungan hanya untuk memanjangkan lagi ‘cerita hero-heroin’. Atau mencipta konflik baru semata-mata untuk jadikan ia satu naskhah ‘bersambung’. Penat tau! Lagipun kalau dah happy ending kenapa harus disambung lagi? Ini yang aku sangat-sangat tak faham. Hey! aku keluarkan duit sendiri tau untuk beli novel. Tak ada orang sponsor pun! Sebab itulah aku mahukan sesuatu yang berbaloi untuk setiap sen yang aku keluarkan okey?!

 

Atau jika penulis ada niat untuk membuat sambungan tentang ‘hero-heroin’, cukup sekadar dengan membuat cameo. Itu lagi menarik pada aku. Ini sekadar pendapat aku sebagai pembaca, sama ada penulis ingin ambil peduli atau sekadar buat tidak tahu, aku tak ada halnya! Tapi sebagai pembaca aku ada hak untuk komen okey?!

 

TAPI untuk 143 aku harus mengangkat bendera putih, menarik balik kata-kata aku. Aku harus beri ‘tabik spring’ pada Pingu Toha. Well Done Halim... anda telah berjaya mengatakan TIDAK BENAR pada pendapat kak wan!

 

Usai membaca 143 aku tersenyum puas. Walaupun 143 adalah kesinambungan daripada kisah dalam L.U.V.E. kisah Uth & Lana, tetapi Pingu Toha telah berjaya mengikat aku untuk membaca dan menikmati kesudahan kisah cinta Uth dan Lana ini hingga ke noktah terakhir.

 

Sebagaimana L.U.V.E. yang telah menawan seluruh rasa suka aku dengan sentuhan majis penulis bernama Pingu Toha ini, aku sekali lagi jatuh cinta dan teruja dengan idea ‘fresh’nya dalam 143 ini. 143 telah berjaya membuatkan jiwa aku kembali bagaikan jiwa anak muda-belia ahaks!

Well... aku sangat suka okey!!

 

Aku sukakan bahasa Pingu Toha. Bahasa yang biasa-biasa tapi ada warna-warninya. Bahasa yang amat mudah untuk dihadam. Bahkan Pingu juga berjaya mewarnakan setiap watak dengan adunan warna-warna merah biru menjadi warna pelangi cinta ungu bak kata blurb, menjadikan setiap watak rekaannya penuh warna warni.

 

Bukan sekadar Uth, Lana, Keri, Elina, Vee & Bucks ‘pemegang’ watak utama yang menjadi tunjang kekuatan 143 tetapi aku juga harus memberi kredit untuk ‘pelakon pembantu’ seperti Lisa Seriyanti, Haikal, Abang Diktator (Director), Raden, Suraya, Dayang, Teja juga si kecil Rose Mawar yang sangat comel dan keletah (dalam bayanganku la).

 

Pendek kata setiap watak yang direka memainkan peranan sama rata, menjadikan 143 sangat hidup, cantik dan sempurna (pada skala aku lah!). Menjadi pelengkap yang melengkapkan watak-watak utama. Menjadi perencah yang mencukupkan rasa pada setiap 'hidangan' yang melibatkan watak-watak utamanya.

 

Aku juga sukakan idea penulis menggarap 3 cerita sisipan yang saling berkait menghasilkan satu mainframe cerita yang superb!.  Menatap naskhah garapan Pingu Toha kali ini, aku bagaikan dibawa 'menonton' pementasan drama (terutamanya untuk Cerita 1: Cerita Cinta Biasa). Setiap watak bagaikan hidup dilayar minda. Bergerak bagaikan sang pelakun sedang melakunkan watak-wataknya di dada kertas. Berkisah tentang perjalanan 'cinta' mereka dalam pelbagai warna.

 

Aku juga sukakan kulit novel 143. Comel! Secomel ceritanya kalaulah boleh aku katakan begitu. Dan tajuknya... 1 4 3. Unik bukan? Pada mulanya aku tertanya-tanya juga, apa signifikannya 1 4 3 itu? Selama aku bergelumang dengan dunia novel, mana ada tajuk novel '143'? Cuba kalian beritahu, pernah tak kalian jumpa novel yang menggunakan angka sebagai judulnya? Manalah tahu kalau aku terlepas pandang? Rasanya hanya Jemari Seni sahaja yang berani mengambil risiko menggunakan judul yang pelik-pelik tapi cute! Ops! bukan pelik tapi unik! Itu yang sebetulnya. Jadi apa maknanya 143? Jawapannya ada pada kulit novel. (homework untuk kamu)

 

Menatap karya Pingu kali ini, aku teringin nak rekomen pada sesiapa yang berani mencuba sesuatu benda atau membuat perkara yang baharu, yang adventure, cubalah baca 143 ini. Tak salahkan cuba? Cuma apa yang boleh aku andaikan, jika dewasa ini genre muzik indie menjadi kegilaan anak-anak muda sekarang, mungkin boleh aku labelkan karya Pingu Toha kali ini sebagai karya indie versi novel... boleh???

 

P/S:  Dalam 143 ni ada watak tempelan Wan Amyleen... & tiba-tiba aku ‘ter’perasan jap! hahahahahahaha...


Posted at 11:18 am by wanAmalyn
(2) dah komen  

Monday, December 28, 2009
Jaja & Din

Pengarang : Noor Suraya

Halaman    :  482

Tahun          : Disember 2009

Terbitan      : Jemari Seni Publishing

Harga           : RM20.00


Blurb:

 

Cinta pandang pertamakah ini…

 

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

 

=A=  katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya

=B=  rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu

=C=  kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia

=D=  segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar

 

Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan

 

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala 'peraturan hati' yang selama ini aku junjung!

 

Implikasinya:

Abah dan uminya rasa

[¿∫∞Ωπ䮉¾]

 

Alahai, anak abah ni,  awat la sampai jadi lagu tu!

Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

 

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami.  Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala 'zuhud'  macam Din nanti?

 

rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana 'lampu isyarat'...

 

*****

 

Jaja & Din, kisah tentang Jaja anak doktor yang jatuh cinta pandang pertama pada 'dia' yang entah siapa. Hanya dengan sekeping gambar bisu, hati Jaja bagaikan dipanah si cupid love yang membidik panahan cinta tepat menembusi hatinya yang beku. Anehkan cinta? Hanya dengan sekeping gambar tidak bernyawa, Jaja jadi nanar kerananya. Hanya dengan sekeping gambar kaku, hilang ghaib segala peraturan hati yang Jaja junjung selama ini. Ya, hanya dengan sekeping gambar, Jaja jatuh cinta pada 'dia' yang berkopiah putih buat pertama kali dalam sejarah hidupnya!

 

Jaja, si media planner di syarikat mat salih, jatuh cinta pada Din, si ustaz Sastera Arab. Jaja yang rasa dirinya moderen jatuh cinta pada Din yang warak. Jaja, dia bukanlah si gadis polos, apatah lagi alim. Tapi dia masih punya silu yang berbungkus kemas dalam hati.  Dan Si Din, bukanlah ciri-ciri lelaki yang pernah termaktub dalam senarai daftar lelaki pilihan Jaja hinggalah ke detik itu... detik di mana dia memandang si dia buat pertama kalinya.

 

Din – Burhanuddin al-Helmy – si ustaz lulusan al-Azhar itu impikan wanita yang mulia sebagai pendampingnya.  Wanita yang mengerti erti zuhud. Wanita yang reda keinginan jihadnya. Wanita yang tidak menangis tatkala menghantarnya ke misi fi sabilillah.  Sedangkan ciri-ciri itu tidak terlihat pada Jaja!

 

Kasihan Jaja, cintanya pada Din melimpah ruah memenuhi seluruh rongga dadanya. Sedangkan Din tidak pernah tahu bahawa ada seorang perempuan yang sedang jatuh hati kepadanya separuh mati. Demi cinta, Jaja sanggup lakukan apa sahaja hatta menebalkan muka meminang Ustaz Din.  Ya, demi cinta  Jaja sanggup lakukan segala-galanya, asalkan Din jadi miliknya. Brutalnya Jaja!

 

"Pada saat semua orang memilih lelaki yang bekerja tetap dengan gaji sekian-sekian banyak sebagai suami pilihan, Faiza ikhlas pilih saya seadanya." ~ ms 414

 

Rupa-rupanya cinta itu ada saktinya. Din yang serius itu berjaya membuatkan Jaja terkedu! Siapa kata Din tak romantik?

 

"Faiza, bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak, tapi sebagaimana yang kita rasa." ~ ms 445

 

* * * *

 

Usai membaca Jaja & Din aku tersenyum puas. Tiada aksara lain yang dapat aku ungkapkan untuk menggambarkan rasa aku saat itu, hanya P.U.A.S. Sesungguhnya Jaja & Din adalah buah tangan yang sangat indah dalam darjahnya yang tersendiri (pada aku la).

 

Aku sukakan mainan bahasa kaksu. Sememangnya lenggok bahasa milik penulis bernama Noor Suraya ini dari dahulu sering mempesonakan aku. Bahasa yang lembut dipertuturkan lidah, indah dipendengaran telinga menjadikan bacaan aku lancar tidak terganggu. Sesungguhnya pakar bahasa yang juga Munsyi Dewan Bahasa ini berjaya membuatkan hati aku terbuai-buai seperti Jaja yang sedang dilamun cinta.  Sungguh indah dan mengasyikkan!! Betuuulll!

 

Aku sukakan teknik penceritaan yang kaksu persembahkan kali ini. Agak lain daripada kebiasaan. Bagaikan 'Jaja' ada di depan mata menghikayatkan perjalanan kisah cintanya dengan Din. 'Jaja' bercerita tentang suka duka, pahit manis demi mendapatkan Ustaz Din sesuka hati dia! 'Jaja' berkisah tanpa mengikut kronologi, tapi tetap membuatkan aku terhibur tanpa hilang punca. Ke depan, ke belakang dia tidak peduli, semahunya sahaja dia bercerita. 'Jaja'... 'Jaja'...

 

Setiap watak yang kaksu lakarkan terasa hidup di depan mata. Aku sayangkan Jaja yang keras hati, brutal tapi tetap ada rasa malu. Aku jatuh cinta pada Din yang serius, tapi dia tetap ada sisi romantisnya tau! Aku sukakan Nini yang sangat bijak menyembunyikan 'Pauziah'nya dan adik yang sangat baik dan memahami. Lala si Princess Oyster al-Moluska... Tapi yang paling istimewa dari dulu hingga kini, aku sangat sukakan 'Uncle Aqmar' si pakar tulang itu! Senang cerita, semua watak-wataknya aku sukalah!! Aduh wan sudah parah!

 

Menatap Jaja & Din macam-macam rasa yang bergulir di dada. Ada rasa kelakar, suka, sedih, sebak, bahagia semuanya tertambak dalam dada... mengirimkan sejuta warna ke jiwa.  

 

Jaja & Din mengenengahkan plot yang sangat istimewa. Wanita meminang lelaki. Bukan tidak ada tapi ia lari dari norma biasa resam kita bangsa Melayu yang penuh dengan santun dan adat sopan. Lagipun wanita kan insan istimewa yang mempunyai sifat pemalu yang amat tinggi! Tapi tidak pada 'Jaja'. Amboi 'Jaja' ada hati nak mengikut jejak langkah Ummul Mukminin Sayiditina Khadijah yang meminang baginda Rasulullah S.A.W. ya...

 

Setiap perancangan Allah adalah yang sebaik-baik aturan. Setiap yang tersirat ada hikmah yang tersurat. Ya, Jaja yang sudah mula melupakan DIA, diberikan hidayah melalui 'dia'.  Jaja yang tidak sempurna, berusaha menyempurnakan dirinya demi 'dia', demi agama DIA. Rasa cinta yang tumbuh meliar di hati Jaja pada Din, menjadi pemangkin untuk Jaja memperbaiki diri. Kalau tidak setara dengan Din sekurang-kurangnya Jaja tidak memalukan Din sebagai ustaz yang dihormati! Dan Din, pandainya dia mendidik Jaja, sabarnya dia melayan kerenah Jaja!

 

Sebagaimana karya-karya terbitan Jemari Seni yang terdahulu, Jaja & Din ini juga sarat dengan pengisian  jiwa yang boleh aku manfatkan sebagai panduan dan pedoman hidup. Setiap nasihat yang Din berikan pada Jaja, aku tumpang sama mendengarnya. Segala amalan yang Din perturunkan pada Jaja, aku sematkan dalam hati buat panduan. Tatkala Din bercerita kisah-kisah teladan insan terpilih, tentang sirah Nabi untuk Jaja, aku ikut serta menghayatinya. Bertuah dan bahagianya hidup Jaja mendapat mualim sebaik Din!! Kiranya berbaloilah Jaja berusaha bermati-matian dengan segala daya usahanya demi mendapatkan Din.

 

Setiap titik bengik yang ada dalam Jaja & Din aku simpan dalam hati. Pendek kata setiap apa yang terlakar dalam buku kecil ini menjadikan naskhah ini sangat 'besar' dan istimewa. Kita tidak sekadar dibuai dengan kisah cinta duniawi yang hanyalah secebis kecil rencah kehidupan, tapi di sebalik rasa cinta yang menggebu di jiwa, ada panduan yang boleh dijadikan iktibar serta pedoman. Inti pati daripada rasa cinta kepada-Nya lah yang seharusnya kita jadikan contoh. Bacalah... nescaya banyak yang boleh kamu kutip di dalamnya.

 

Buat kaksu. Sekalung TAHNIAH wan kalungkan! Sesungguhnya dari dulu, kini & insyallah di masa mendatang sememangnya penamu sering membuatkan wan terpesona! Dalam lembut tutur kata, dalam indah ritma bicara melahirkan magis yang menggetarkan jiwa. Wan jatuh cinta untuk kesekian kalinya. Terima kasih kaksu, moga DIA terus memberikan rahmatNya untuk kaksu terus mendidik dan membimbing wan melalui setiap karya-karya kaksu. Teruskan berkarya!

 


Posted at 11:10 am by wanAmalyn
(11) dah komen  

Next Page