

calendar
| << August 2008 >> | ||||||
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
| 01 | 02 | |||||
| 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
| 31 | ||||||
categories

contact
cReditS

Pengarang : Amir Hussaini
Halaman : 376
Tahun : 2008
Terbitan : PTS Fortuna
Harga : RM24.00
Blurb:
Dia ingin menuntut bela ke atas penciptanya……
Teknologi memindahkan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia sudah ditemui. Kini pakar genetik boleh mencipta manusia dengan kelebihan istimewa. Manusia dengan deria hidu sensitif seperti anjing, misalnya. Ataupun, manusia yang boleh menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Inilah yang dilakukan oleh pakar genetik di Institut Trans-DNA, secara rahsia.
Sehinggalah segala-galanya terbongkar, apabila subjek eksperimen yang terbebas dari makmal mula membunuh orang awam....
Dalam Transgenesis: Bisikan Rimba, Amir Husaini menggabungkan bakat penulisan luar biasa dan pengetahuan saintifik menakjubkan bagi menghasilkan fiksyen sains thriller yang hebat lagi mendebarkan!
Transgenesis : Bisikan Rimba adalah karya kedua Amir Husaini yang aku baca selepas Ombak Senja. Kali ini Amir Husaini tampil dengan 'wajah' yang berbeza. Kisah tentang teknologi pengklonan antara manusia dan hidupan alam ciptaan Allah yang berkongsi bumi yang sama. Ia sebuah kisah sains fiksyen.
Segalanya bermula dengan pembunuhan misteri Hwang Chien Ming seorang tauke balak di hutan simpan Gunung Pulai bersaksikan Razilan, pekerjanya. Pembunuhan oleh 'makhluk serba hijau' menjadi tanda tanya dan menimbulkan persoalan kepada orang ramai akan 'siapa' atau 'apa' makhluk yang didakwa menjadi pembunuh misteri tersebut.
Buraquzzaman Baharudin, wartawan akhbar tabloid Semboyan Nasional ditugaskan untuk 'cover' tentang pembunuhan tersebut. Ekoran daripada laporan tersebut menyebabkan Institut Trans-DNA sebuah institut penyelidikan genetik, tidak senang duduk kerana ia ada kaitan dengan rahsia penyelidikan mereka.
Kehilangan subjek 4-7-9-1 memaksa Datin Kay selaku pengasas Institut Trans-DNA dan Datuk Jay, seorang usahawan yang menjadi penyumbang dana bagi membiayai penyelidikan di institut tersebut menubuhkan sepasukan pencari yang disertai oleh mereka sendiri selain daripada Profesor Joned Jauhar, Tracker dan beberapa orang lagi sebagai penunjuk jalan untuk mencari subjek 4-7-9-1.
Walau bagaimanapun pencarian subjek 4-7-9-1 bukanlah semudah yang disangkakan. Pelbagai kejadian aneh mengekori mereka. Rupanya ada rahsia yang cuba diselindungkan dari pengetahuan umum. Satu rahsia yang telah dibungkus kemas berbelas-belas tahun yang lalu bahkan ada rahsia lain yang terselindung di balik rahsia yang cuba disembunyikan.
Flora - si gadis manis mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh manusia biasa. Dia manusia istimewa. 'Kelahiran'nya juga adalah melalui satu proses yang panjang dan rumit. Ia lahir hasil daripada pengklonan antara manusia dan tumbuhan yang memaksa sejumlah 4790 klon embrio terpaksa dikorbankan. Tapi benarkan semuanya berjaya dilupuskan??
Pembunuhan misteri, kebuntuan pihak polis dalam menjalankan siasatan pembunuhan ke atas tauke balak dan keghairahan wartawan membongkar kejadian aneh telah menyebabkan tersingkapnya tabir rahsia yang cuba diselindungkan bertahun-tahun yang lampau.
Benarkah Flora atau subjek 4-7-9-1 yang membunuh?? Atau ada subjek lain yang menjadi dalang pembunuhan misteri tersebut?? Nak tahu siapa atau bagaimana..?? Anda yang perlu membuat 'kajian' sendiri.
Apa yang dapat aku katakan adalah, aku suka karya terbaru Amir Husaini ini. Ia ada kelainannya. Apa yang membuatkan aku kagum adalah cara penulis mengolah plot cerita yang pada awalnya kita nampak bagaikan jalan lurus tetapi sebaliknya ada lencongan 'di depan sana' yang tidak terjangka dek fikiran kita. Begitulah jalan cerita ini. Jangan sangka jalan lurus tiada simpang yang menanti.!!
Penulis berjaya memanipulasi pembaca terutamanya aku kerana setiap telahan dan andaian yang bermain di kepala tatkala sedang membacanya adalah salah sama sekali. Setiap andaian yang aku cuba lakarkan dalam kepala aku menjadi berantakan apabila tiba pada titik kemuncaknya.
Tahniah pada penulis. Satu lagi karya yang aku pasti para pembaca yang gemarkan genre 'Sci-Fic' harus membacanya.
Dan aku harap ada kesinambungannya kerana banyak lagi persoalan yang sampai ke noktah terakhirnya tetap menimbulkan tanda tanya yang berlegar di kepala aku... dan yang pastinya aku ingin tahu siapa 'Atuk' tu?? Amir.... siapa 'atuk' tu??!! ![]()
| welma la'anda September 3, 2008 10:18 AM PDT salam kak wan, saya terhibur baca resensi akak. Kelakar pun ada. a'a, saya rasa kalau ada pembaca yang membaca Transgenesis dan boleh meneka jalan ceritanya, wah pembaca itu memang hebat sekali. Setakat ini, saya tidak pernah lagi membaca mana-mana resensi yang mengatakan " saya sudah jangka jalan ceritanya sedemikian" | ||
| Amir Husaini August 27, 2008 02:01 PM PDT Salam Kak Wan, Terima kasih atas ulasan yang dibuat. Saya amat hargainya. Dan terima kasih sebab "layan" dengan cerita ini. Insya-Allah sekuel kisah ini akan muncul tahun 2009 nanti. Mohon izin untuk reproduce ulasan ini di blog saya. Terima kasih. | ||
| udaidza August 27, 2008 12:36 PM PDT Wan ulasan ko psl crite ni buat uda teruja nak ubah selera baca sci-fic lak. | ||
| Leave a Comment: |
| Previous Entry | Home | Next Entry |